Saya tidak boleh campur urusan pemilihan parti – Anwar - Utusan Malaysia

Saya tidak boleh campur urusan pemilihan parti – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 11 Nov. – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak boleh mencampuri urusan pemilihan parti, sebaliknya menyerahkan hal itu kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, walaupun ramai pihak yang mendesaknya untuk berbuat sesuatu tetapi parti te­lah membuat keputusan bahawa apa sahaja urusan pemilihan akan dikendalikan JPP.

“Banyak orang minta saya campur tetapi saya tidak boleh. Ini yang tidak difahami terma­suk media.

“Saya tidak boleh campur dalam urusan pemilihan, selain memastikan jangan ada peni­puan, ugutan dan saya minta JPP melantik orang yang betul-betul bebas dan bersih,” kata­nya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Wu­syu Piala Long Yi di sini hari ini.

Anwar berkata, walaupun dia mendapat maklumat berkaitan beberapa cubaan untuk me­nganggu urusan pengundian seperti kerosakan tablet, sera­ngan siber dan sebagainya, tiada apa yang boleh dibuat kerana semua berada di bawah bidang JPP.

“Saya minta calon-calon untuk terima apa saja keputusan de­ngan baik dan dan kalau ada kes seperti mana dianggap ada penipuan, kerosakan­ tablet, ugutan, itu dibawa kepada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.

“Terima saja apa keputusan berdasarkan pandangan JPP dan saya minta pihak JPP meneliti setiap bantahan supaya benda itu diterima dengan baik,” katanya.

Anwar menjangkakan keputusan penuh Pemilihan Keadilan 2018 berkemungkinan akan lewat sedikit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN