Saya sayang Leo Messi – Maradona - Utusan Malaysia

Saya sayang Leo Messi – Maradona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 15 Nov. – Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona menegaskan, dia menya­yangi Lionel Messi dan menafikan laporan bahawa pernah mengutuk bintang penyerang Barcelona itu.

“Leo adalah rakan saya dan saya tidak pernah memburukkan kawan,” kata Maradona kepada ­akhbar sukan Sepanyol, Marca hari ini.

Bulan lalu Maradona membe­ritahu Fox Sports di Mexico bahawa Messi tidak mampu menjadi pemimpin Argentina, terutama selepas negara itu tersingkir awal dalam Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Tidak guna untuk cuba menjadikannya (Messi) sebagai seorang pemimpin apabila anda perlu pergi ke bilik air 20 kali sebelum perlawanan,” ujarnya.

Bagaimanapun Maradona berkata, semua laporan itu adalah ‘salah’.

“Apa yang saya katakan adalah Leo satu fenomena. Ya, ada pemain yang akan ke bilik air 20 kali (sebelum perlawanan) tetapi saya tidak pernah merujuk perkara itu kepada Leo,” jelasnya.

Maradona turut memohon agar rakan senegaranya itu kembali ke skuad kebangsaan selepas tidak bermain dalam tiga perlawanan antarabangsa sejak skuad La Albiceleste tersingkir pada peringkat kumpulan ketika Piala Dunia 2018 Russia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN