IPOH 19 Nov. – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui amat meminati dunia filem apabila membuat penampilan khas dalam filem arahan Sabri Yunus. Menurutnya, beliau menyokong pembikinan filem arahan pengarah terkenal itu yang berjudul ‘Buntat’ kerana banyak memberi mesej dan pengajaran. “Apatah lagi seratus peratus penggambaran filem ini dilakukan di dalam negeri Perak. “Sedikit sebanyak ini membantu mempromosikan negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Filem Buntat berlatar belakangkan tahun 1960-an mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki yang nakal yang mahu bertaubat dan secara tidak sengaja menaiki kapal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya