Saya bukan mesin, robot – Jokowi - Utusan Malaysia

Saya bukan mesin, robot – Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOR 12 Nov. – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi mengakui tugasnya sebagai pemimpin negara ini bukanlah perkara mudah dan jadual hariannya padat dengan pelbagai aktiviti.

JOKO WIDODO menurunkan tandatangan kepada peserta Kongres Indonesia Pergerakan Milenial 2018 di Bogor, kelmarin.

Detik News melaporkan, Jo­kowi mendedahkan bahawa hujung minggunya dipenuhi dengan pelbagai kegiatan dan lebih sibuk berbanding hari biasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak mempunyai masa senggang pada hujung minggu, sebaliknya jadual saya lebih padat berbanding hari-hari biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa dan para pemenang Parti Koir Gerajani (Persparani) 2018 di sini hari ini.

Jokowi juga memaklumkan beliau tidak dapat hadir pada majlis pembukaan Persparani 2018 pada Oktober lalu kerana jadualnya yang terlalu padat.

Beliau juga menceritakan tentang aktiviti kempennya di beberapa daerah terakhir sebelum pilihan raya umum Presiden (Pilpres) 2019 pada April tahun depan.

Dalam pada itu, Jokowi memberitahu beliau berasa penat melakukan tugasan hariannya dan meminta supaya semua pihak tidak menganggapnya seperti mesin atau robot yang boleh dibawa ke mana atau melakukan apa sahaja.

Namun, semua rasa penatnya berbaloi apabila dapat bertemu dengan rakyat dan berkongsi masalah bersama mereka.

“Saya berasa lega apabila dapat berjumpa dengan rakyat dan mendengar cerita serta masalah mereka kerana itu membuatkan saya lebih bersungguh-sungguh mentadbir Indonesia,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×