KOTA BHARU 23 Nov. – Sasterawan Kelantan, Norhisham Mustafa yang sebelum ini dilaporkan kritikal, disahkan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang dan paru-paru berair di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini petang ini. Adiknya, Mukhtar Mustafa memberitahu, Allahyarham Norhisham, 68, meninggal dunia di sisi isteri iaitu Pauziah Mah Mad Zain, 62, tiga anak mereka serta ahli keluarga terdekat pada pukul 2.14 petang. “Arwah kritikal sejak dua hari…










