KUCHING 5 Nov. – Sarawak akan mengenakan cukai jualan bagi produk petroleum sebanyak lima peratus berkuatkuasa pada 1 Januari hadapan. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, cukai jualan tersebut diperkenalkan setelah analisis dan pertimbangan teliti dibuat demi pembangunan negeri ini. Katanya, cukai jualan itu dikenakan kepada produk petroleum iaitu minyak mentah, gas asli, cecair gas asli, baja berasaskan kimia dan gas kepada produk cecair. “Hasil yang dijangkakan…










