KUCHING 5 Nov. – Sarawak akan meneruskan belanjawan yang tertumpu kepada pembangunan imbal dan luar bandar bagi merancakkan perkembangan ekonomi daripada jumlah peruntukan belanjawan RM11.914 bilion bagi 2019, yang terbesar dalam sejarah negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, daripada keseluruhan peruntukan belanjawan berjumlah RM9.073 bilion ia termasuk dana Persekutuan berjumlah RM0.260 bilion, dicadangkan untuk perbelanjaan pembangunan dan RM2.841 juta untuk perbelanjaan operasi. Abang Johari, yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi, berkata, dengan mengambil kira anggaran hasil berjumlah RM10,513 juta dan jumlah cadangan perbelanjaan biasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya