NEW DELHI 4 Nov. – Negeri Himachal Pradesh dan Jammu dan Kashmir dilanda salji tebal hari ini, menyebabkan banyak jalan utama ditutup dan penerbangan dibatalkan. Al-Jazeera melaporkan, salji lebat yang turun di Lembah Kashmir menyebabkan lebuh raya yang menghubungkan Srinagar dan Jammu ditutup. Selain itu, kira-kira 140 orang terkandas di kawasan jalan di Jammu dan Kashmir sehingga perlu diselamatkan. – AGENSI










