JAKARTA 1 Nov. – Seorang penunggang teksi motosikal Indonesia mendakwa melihat pesawat Lion Air JT610 yang terbabit nahas mengeluarkan asap hitam sebelum terhempas di perairan Karawang, Isnin lalu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Portal Liputan6.com melaporkan, Anastasia Lorinda berkata, dia melihat jet penumpang itu berlubang pada bahagian kanan dan mengeluarkan asap berhampiran roda pesawat.
Katanya, dia melihat pesawat itu terbang berhampiran rumahnya di kawasan Karawaci, Tangerang.
Katanya, dia dimaklumkan tentang keadaan pesawat itu oleh anaknya yang terlebih dahulu menyaksikan insiden tersebut.
“Jadi saya keluar, saya lihat sendiri keadaan pesawat sedang senget ke kiri dan saya amat yakin kerana ada tulisan Lion pada jet penumpang itu,” katanya. – AGENSI











