Sah Jho Low tiada di China - Utusan Malaysia

Sah Jho Low tiada di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengesahkan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low tidak berada di China.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, beliau telah berhubung dengan pihak di Kedutaan China bagi mengesahkan maklumat tersebut.

“Saya dah bercakap dengan Kedutaan China dan mereka memaklumkan bahawa Jho Low tiada di negara itu, melainkan dia menggunakan nama dan pasport lain.

“Tapi berdasarkan rekod negara tersebut, tiada individu yang bernama Jho Low di sana,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Jho Low umpama bersembunyi seperti tikus setelah menjadi buruan pelbagai pihak termasuk Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Jabatan Kehakiman (DoJ) AS dalam satu kenyataan kelmarin berkata, Jho Low dan seorang lagi, Roger Ng, didakwa di Mahkamah Persekutuan di Timur New York kerana berkonspirasi mencuri jutaan wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jelas DoJ, Jho Low dan Roger Ng turut didakwa kerana melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) dengan membayar kepada ‘orang ketiga’ dalam kerajaan Malaysia dan Abu Dhabi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN