Rumah selebriti Hollywood turut musnah kebakaran California - Utusan Malaysia

Rumah selebriti Hollywood turut musnah kebakaran California

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Beberapa rumah selebriti Hollywood turut musnah dalam kebakaran besar yang melanda beberapa kawasan di California sejak Jumaat lalu.

Antara selebriti yang terjejas ialah pelakon filem London Has Fallen, Gerard Butler apabila separuh rumahnya musnah terbakar.
“Kembali semula ke rumah selepas dipindahkan. Keadaan di seluruh California sangat menyayatkan hati. Seperti biasa, cukup bangga dengan keberanian, semangat dan pengorbanan anggota bomba,” tulis pelakon berkenaan dalam akuan Instagramnya.

lg
lg 

Portal berita CBS News melaporkan selain rumah turut musnah dalam kebakaran yang diberi jolokan ‘Kebakaran Woolsey’ itu set pengambaran bersejarah termasuk set pengambaran rancangan bersiri HBO, ‘Westworld’.

kim
kim 

Antara selebriti yang berpindah dari rumah masing-masing ialah Kim Kardashian West, Scott Baio, Rainn Wilson, Jessica Simpson dan Guillermo del Toro.
Kim Kardashian dalam tweetnya memberitahu api sudah memusnahkan harta dan rumah mereka.

“Saya hanya berdoa semua orang selamat,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN