Rumah retak angkara cerucuk - Utusan Malaysia

Rumah retak angkara cerucuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG – Lebih 200 penduduk di Taman Bandar Country Homes di sini mendakwa kerja menanam cerucuk untuk membina bangunan setinggi 20 tingkat te­lah menyebabkan sebahagian rumah yang mereka diami retak sejak bulan Jun lalu.

Kawasan itu mempunyai lebih 150 buah rumah.

Wakil penduduk, Wan Ibnu Bahar Wan Ismail, 54, mendakwa, penduduk telah membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengenai perkara itu kerana pembinaan bangunan komersial itu terletak bersebelahan taman mereka.

Bagaimanapun dakwanya, aduan itu tidak diambil perhatian.

“Kami telah membuat aduan sebanyak tiga kali namun tiada maklum balas.

“Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat juga te­lah membuat tinjauan namun setakat ini tiada tindakan diambil,” dakwanya kepada Kosmo! Ahad ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN