Rosmah tiba beri keterangan kepada SPRM - Utusan Malaysia

Rosmah tiba beri keterangan kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Nov.- Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 11.40 pagi ini.

Rosmah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung berhubung kes penyelewengan membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.

Notis memerintahkan Rosmah hadir memberi keterangan telah diserahkan semalam, turut dipanggil memberi keterangan ialah bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor.

Bagaimanapun, menurut sumber, Rizal tidak hadir ke ibu pejabat SPRM hari ini kerana beliau telah diminta untuk terus Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok untuk pendakwaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN