PUTRAJAYA – Selepas didakwa atas 17 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram pada Oktober lalu, isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sekali lagi hari ini.
Menurut satu kenyataan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihaknya telah mendapat izin daripada Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa Rosmah membabitkan kes projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.
Selain Rosmah, bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Rizal Mansor juga akan didakwa di mahkamah yang sama pada pukul 2.30 petang.
“Kedua-duanya akan dituduh berhubung siasatan kes membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.
“Rosmah juga telah dipanggil di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada jam 12 tengah hari ini (semalam) bagi melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut,” kata SPRM dalam kenyataan di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










