PUTRAJAYA – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berhubung kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak. Peguamnya, Datuk K. Kumaraendran berkata, pihaknya mengesahkan Rosmah telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan akan didakwa pada pukul 3 petang esok. “Beliau telah dipanggil oleh SPRM dan akan didakwa esok dan hanya esok sahaja kita akan…










