Rosmah akan didakwa pukul 3 petang esok - Utusan Malaysia

Rosmah akan didakwa pukul 3 petang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Nov.- Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 3 petang esok.

Perkara itu disahkan oleh peguam Rosmah, Datuk K. Kumaraendran ketika ditemui pemberita di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

“Saya tidak mahu mengambil sebarang soalan, saya hanya boleh katakan Rosmah akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 3 petang esok,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika ditanya Rosmah akan didakwa atas pertuduhan apa, Kumaraendran enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan meminta pihak media berhubung dengan SPRM.

Menurut sumber, Rosmah bersama bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor akan didakwa esok berhubung projek pembekalan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Terdahulu isteri bekas Perdana Menteri itu memberi keterangan hampir empat jam kepada SPRM, beliau tiba pada pukul 11.40 pagi dan dilihat keluar pada pukul 2.35 petang.

Notis memerintahkan Rosmah dan Rizal hadir memberi keterangan telah diserahkan semalam, bagaimanapun hanya Rosmah yang dilihat hadir ke ibu pejabat SPRM hari ini.

Difahamkan, Rizal tidak hadir ke ibu pejabat SPRM hari ini kerana beliau telah diminta untuk terus Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok untuk pendakwaan.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×