Rombakan Kabinet: PKR tidak maklumkan kepada Anwar - Utusan Malaysia

Rombakan Kabinet: PKR tidak maklumkan kepada Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Tiada mana-mana pihak dalam PKR yang memaklumkan kepada bakal Presiden parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghantar nama bagi membolehkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat rombakan Kabinet.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, beliau beranggapan pendirian parti berhubung kedudukan Ahli Parlimen PKR dalam Kabinet ketika ini masih sama.

“Tiada sesiapa dalam PKR yang memaklumkan kepada saya mengenai keperluan untuk mengubah atau menghantar nama baharu.

“Jadi pendirian buat masa ini tiada perubahan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Tambah Anwar, kemenangannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober lalu tidak membolehkannya membuat sebarang keputusan dalam isu tersebut.

“Saya ini Ahli Parlimen sahaja. Rombakan Kabinet adalah soal Perdana Menteri,” katanya.

Semalam, Dr. Mahathir dalam temubual bersama akhbar Singapura berkata, beliau bersedia melakukan rombakan Kabinet susulan berakhirnya Pemilihan PKR, Sabtu lalu.

Dalam temubual yang sama, Ahli Parlimen Langkawi itu mengulangi komitmen untuk menyerahkan kedudukan Perdana Menteri kepada Anwar seperti yang telah dipersetujui oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN