Rombakan Kabinet: DAP tidak hantar nama - Utusan Malaysia

Rombakan Kabinet: DAP tidak hantar nama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – DAP tidak menghantar sebarang nama kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi melaksanakan rombakan Kabinet.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan hal tersebut diluar bidang kuasa beliau yang juga Menteri Kewangan.

“Saya tidak ada kuasa untuk buat rombakan dan untuk DAP, kita tidak menghantar mana-mana nama kepada Perdana Menteri untuk rombakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir dalam temubual bersama akhbar Singapura berkata, beliau bersedia melakukan rombakan Kabinet susulan berakhirnya Pemilihan PKR, Sabtu lalu.

Isnin lalu, dalam wawancara bersama stesen radio BFM, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan memberitahu tidak mendengar sebarang kemungkinan Dr. Mahathir Mohamad akan melakukan rombakan Kabinet.

Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Kabinet di Istana Negara pada 2 Julai lalu menyaksikan Ahli Parlimen DAP memegang sebanyak 12 jawatan melibatkan enam menteri dan enam timbalan menteri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN