Rombak Kabinet: “Tanya PM” - Dr. Wan Azizah - Utusan Malaysia

Rombak Kabinet: “Tanya PM” – Dr. Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail enggan mengulas mengenai rombakan Kabinet yang didakwa akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memutuskannya.

“Tanya PM (Perdana Menteri),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas diminta mengulas mengenai kesediaan Dr. Mahathir  melakukan rombakan Kabinet susulan berakhirnya Pemilihan PKR, Sabtu lalu.

Dalam perkembangan lain, Dr. Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneliti terlebih dahulu hukuman mati mandatori bagi pelaku jenayah bunuh dengan sengaja sebelum ia dimansuhkan.

Jelas beliau, kerajaan mahu meneliti terlebih dahulu kajian dan beberapa kes berkaitan isu tersebut sebelum mencontohi langkah yang diambil oleh kerajaan Australia.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berhubung isu ini kerana kita mendapati hukuman ini tidak menjadi penghalang berlakunya jenayah yang melibatkan dadah.

“Hukuman penjara dan gantung sampai mati telah lama dilaksanakan namun masalah tetap bertambah-tambah, jadi isu ini agak kompleks yang memerlukan pemerhatian secara mendalam,” katanya.

Semalam, Vui Keong dalam Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat berkata, hukuman mati mandatori bagi pelaku jenayah bunuh dengan sengaja adalah antara 32 kesalahan yang akan dipertimbangkan untuk dimansuhkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN