KUALA LUMPUR 2 Nov. – Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa yang telah ditahan semalam akan diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) dalam waktu terdekat untuk didakwa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ). Difahamkan suspek yang juga dikenali sebagai Roger Ng, 51, itu juga akan disoal siasat polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Unit Anti-Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram…










