JAKARTA 2 Nov. – Pasukan penyelam Indonesia menemukan roda pesawat Lion Air JT610 berhampiran penemuan perakam data penerbangan di perairan Karawang, Jawa Barat, semalam. Ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Muhammad Syaugi yang dipetik portal Detik.com sebagai berkata, pihaknya menemukan roda berserta serpihan pesawat lain. Tambahnya, turut ditemukan adalah mayat penumpang berhampiran perakam data penerbangan itu. – AGENSI










