LONDON 2 Nov. – Robot penghantar barang pertama di dunia dilancarkan di United Kingdom (UK) dan memulakan perkhidmatannya di bandar Milton Keynes. Bandar itu merupakan yang pertama menggunakan robot keluaran firma Starship Technologies selain San Francisco yang akan memulakan penggunaannya lewat tahun ini. Penduduk bandar Buckinghamshire akan menerima barang yang dihantar oleh robot terbabit ke pintu rumah masing-masing dengan bayaran yuran 7.99 pound (RM43) sebulan. Perkhidmatan itu juga boleh diperoleh…










