JOHOR BAHRU 7 Nov. – Sejumlah 66.43 kilogram pelbagai jenis dadah dan 60 liter ubat batuk dengan nilai dianggarkan RM9.8 juta dilupuskan polis negeri ini. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, dadah yang dilupuskan itu merupakan barang kes antara tahun 2009 hingga 2016 melibatkan 131 kes pelbagai kesalahan dadah. “Antara bahan bahan terlarang yang dilupuskan ialah bahan kimia seberat 31.40 kilogram, methamphetamine (4.70kg), kanabis (18.73kg), heroin (5.47kg), ketamin (3.10kg), syabu (2.02kg), nimetazepam (1.01kg) dan 60 liter ubat batuk bernilai RM9.8 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya