KUALA LUMPUR 2 Nov. – Belanjawan 2019, belanjawan pertama di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, akan memperuntukkan sejumlah RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding peruntukan kira-kira RM290.4 bilion pada 2018. Ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, daripada jumlah itu, RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion lagi untuk perbelanjaan pembangunan. “Peruntukan ini tidak termasuk simpanan luar jangka berjumlah RM2 bilion,” katanya ketika membentangkan belanjawan sulungnya. Di bawah peruntukan pembangunan, katanya, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM29.2 bilion yang merangkumi pengangkutan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya