KUALA LUMPUR 14 Nov. – Kerajaan telah menyalurkan RM1.74 juta sebagai peruntukan awal kepada Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) untuk perbelanjaan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata langkah itu bertujuan memastikan bencana banjir dalam negara dapat diuruskan dengan baik. “Kerajaan akan pastikan KWABBN mencukupi dan sebarang kekurangan peruntukan tabung itu akan…








