KUALA LUMPUR 12 Nov. – Remaja lelaki yang dilaporkan sesat selepas terpisah dalam kumpulan guru dan rakannya ketika mendaki di hutan berhampiran Air Terjun Sungai Lepoh dekat sini, semalam ditemukan selamat sebentar tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Hussein Onn, Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, mangsa, Amirul Rashid Mohd. Aminadahallah, 16, berjalan keluar bersendirian dalam keadaan lemah kira-kira pukul 2.10 petang tadi. “Mangsa yang tidak mengalami kecederaan ditemukan…










