Remaja perempuan terjun ke dalam sungai selepas terdengar suara ghaib - Utusan Malaysia

Remaja perempuan terjun ke dalam sungai selepas terdengar suara ghaib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Seorang remaja perempuan nyaris maut apabila dia terjun ke dalam Sungai Relong di Kampung Kurnia Jaya Tambahan, Kamunting dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 petang itu, mangsa yang berusia 15 tahun itu mendakwa terdengar suara ghaib kanak-kanak lelaki yang menyuruhnya terjun ke dalam sungai yang mempunyai kedalaman sehingga 70 meter dan kelebaran lima meter itu. 

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, remaja tersebut bagaimanapun berjaya diselamatkan teman lelaki yang berada di lokasi tersebut ketika kejadian berlaku. 

“Siasatan awal mendapati mangsa mendakwa dia dimarahi teman lelakinya kerana tidak pulang ke rumah pada malam sehari sebelumnya. 

“Mangsa memberitahu ada mendengar suara ghaib seorang kanak-kanak lelaki yang menyuruhnya dia terjun ke dalam sungai sebelum dia mengikuti arahan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Mohamad, teman lelaki mangsa yang terkejut dengan tindakan mangsa kemudiannya turut terjun untuk menyelamatkannya. 

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut. 

“Kakak mangsa ada memaklumkan bahawa remaja tersebut pernah dimasukkan ke wad psikiatrik hospital sama selama seminggu pada Mei lalu kerana mengalami tekanan,” katanya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN