Remaja dikhuatiri lemas jala ikan - Utusan Malaysia

Remaja dikhuatiri lemas jala ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK 31 Okt.- Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dipercayai lemas manakala dua lagi mangsa berjaya diselamatkan orang awam di muara Pantai Senok, di sini malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pada pukul 8 malam, mangsa yang hilang dikenali sebagai Aizat Safuan, manakala bapanya Ismail Haron, 45, dan rakannya, Nazizul Mubin Rusli, 15, yang terselamat dikatakan menjala ikan sejak petang semalam.

Bapa mangsa dan rakannya kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Yus Heary Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.06 malam mengenai kejadian lemas yang dikatakan membabitkan tiga mangsa pada awalnya.

Katanya, pihak bomba yang tiba pada pukul 8.40 malam di tempat kejadian mendapati dua mangsa diselamatkan orang awam.

“Nazizul Mubin yang berasal dari Kulim, Kedah dan bapa mangsa yang beralamat di Masjid Pulau Melaka terselamat dan dibawa ke hospital.

“Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa sedang dijalankan di persisiran pantai tersebut dan setakat ini pihak bomba masih belum menjumpai mangsa,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini