SABAK BERNAM – Kegiatan licik seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dalam kegiatan mencuri dan menjual motosikal di sekitar daerah ini terbongkar apabila diberkas polis, Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, suspek yang tidak bersekolah itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Haji Mahmudin di sini pukul 6.55 petang. Katanya, selepas disoal siasat, suspek mengaku mencuri dan menjual dua motosikal jenis Honda C70 dan Honda C100 di dua lokasi berasingan. “Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk tindakan selanjutnya,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya