ALOR SETAR 11 Nov. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah hari ini membentang Bajet Kedah 2019 berjumlah RM768 juta dengan defisit RM57.78 juta berbanding anggaran hasil sebanyak RM710 juta. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, bajet itu bersifat realistik dengan penurunan defisit sebanyak 8.14 peratus berbanding 10.19 peratus dalam Bajet 2018. “Anggaran ini dijangka lebih realistik untuk dicapai berbanding RM779.5 juta yang dianggarkan bagi 2018. Setakat 5 November 2018,…










