Real tolak syarat Conte - Utusan Malaysia

Real tolak syarat Conte

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Bekas pengendali Chelsea, Antonio Conte berkemungkinan besar tidak akan dilantik sebagai jurulatih Real Madrid selepas membuat permintaan tidak masuk akal sebagai syarat untuk membimbing pasukan gergasi Eropah ber­kenaan.

Menurut bekas Presiden Real, Ramon Calderon, beberapa permintaan yang kemukakan oleh Conte termasuk kontrak selama tiga tahun serta bebas untuk membawa masuk mana-mana pemain yang diinginkan tidak dipersetujui oleh kelab itu.

“Selain itu, dia juga mahu membawa masuk lima orang pembantunya. Saya rasa Flo­rentino Perez tidak akan bersetuju dengan syarat yang dikemukakan oleh Conte.

“Pada masa yang sama, saya fikir Conte bukanlah seorang pengurus yang sesuai di Madrid kerana beliau gemar menggunakan falsafah bertahan sama seperti Jose Mou­rinho. Real bukan pasukan yang boleh hidup dengan falsafah seperti itu.

“Kami telah cuba menggunakan khidmat Mourinho sebelum ini dan masih gagal menjulang trofi Liga Juara-Juara sekali gus memberi tekanan kepadanya untuk meninggalkan pasukan dalam keadaan kelam kabut,” katanya.

Sebagai rekod, skuad yang diberi jolokan The Galacticos itu berada dalam prestasi yang sangat buruk pada musim ini apabila sekadar menduduki tangga kesembilan liga menerusi 14 mata.

Situasi itu telah menyebabkan jurulatihnya, Julen Lopetegui dipecat Isnin lalu susulan kekalahan memalukan 1-5 kepada Barcelona dalam aksi El Clasico.

Posisi tersebut kini disandang sementara oleh Santiago Solari yang juga merupakan jurulatih pasukan simpanan Real. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN