Real tempang berdepan Plzen - Utusan Malaysia

Real tempang berdepan Plzen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Real Madrid bakal berkunjung ke Viktoria Plzen dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi esok tanpa kelibat Jesus Vallejo, Mariano, Marcelo, Raphael Varane dan Dani Carvajal

Ini kerana pemain-pemain tersebut mengalami masalah kecederaan dan belum bersedia untuk diturunkan.

“Mereka masih meneruskan proses pemulihan dan bakal diturunkan sebaik keadaan pemain-pemain cergas seperti biasa,” kata Real dalam satu kenyataan rasmi.

Sementara itu, Carvajal menganggap Julen Lopetegui sebagai salah seorang jurulatih terkemuka di dunia biarpun Real bertindak memecatnya.

Jelas pemain pertahanan kanan tersebut, Lopetegui antara salah seorang pakar taktikal terbaik yang pernah dikenali­nya.

“Bagi saya beliau adalah salah seorang jurulatih terbaik yang pernah saya bekerja.

“Malangnya, tuah tidak memihak kepada beliau. Saya berkongsi pandangan bola sepak sama sepertinya, cara beliau mengendalikan pasukan dan pendekatannya de­ngan pemain-pemain.

“Saya pernah berkata sebelum beliau tiba di Real lagi dan saya akan tetap akan berkata Lopetegui adalah jurulatih terbaik dunia biarpun beliau tiada lagi di sini,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN