Real Madrid bawa masuk perancang baru Januari ini - Utusan Malaysia

Real Madrid bawa masuk perancang baru Januari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Real Madrid mengesahkan mereka hampir menandatangani pemain baru untuk perpindahan musim panas Januari ini, setelah mencapai persetujuan dengan River Plate atas perpindahan pemain tengah Exequiel Palacios.

Menurut akhbar tempatan Sepanyol, Marca, kedua-dua kelab telah mencapai persetujuan dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas perlawanan akhir Piala Libertadores 25 November ini.

Palacios akan menandatangani kontrak selama lima tahun yang akan menyaksikannya kekal di Madrid sehingga 2024.

Pemain tengah itu telah membuat penampilannya di River Plate empat tahun lalu pada usia 16 tahun dan juga telah diberi peluang mewakili pasukan kebangsaan Argentina sebanyak dua kali.

Pemain berusia 20 tahun itu juga telah berjaya merebut tempat dalam kesebelasan utama selepas prestasi cemerlang yang ditampilkannya mengawal jentera tengah.

Los Blancos dijangka perlu membayar lebih dari 20 juta euro (RM94.6 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain muda ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN