Real bangkit daripada kecewa - Utusan Malaysia

Real bangkit daripada kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 1 Nov. – Santiago Solari mendedahkan, pemain Real Madrid amat terluka selepas pemecatan jurulatih, Julen Lopetegui, namun mereka tetap menunjukkan komitmen ketika menewaskan Melilla 4-0 dalam aksi Copa del Rey, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lopetegui dipecat Isnin lalu selepas Real tewas 1-5 kepada Barcelona dan merekodkan ­prestasi buruk sepanjang empat bulan bersama kelab.

Solari dilantik sebagai pengurus sementara, dan jaringan Karim Benzema, Marco Asensio, Alvaro Odriozola serta Cristo Gonzalez memastikan dia membuat permulaan baik bersama pasukan.

Solari juga berpuas hati de­ngan kesungguhan yang ditunjukkan pemain, terutama Sergio Ramos.

“Pasukan ini bermain de­ngan gembira penuh kesungguhan. Mereka memberi komitmen penuh untuk meraih keputusan positif.

“Ya, mereka terluka sebelum ini tetapi mereka adalah juara dan tetap memberikan komitmen.

“Dalam bola sepak, ada ba­nyak perkara buruk berlaku dan ruang-ruang yang perlu diperbetulkan.

“Saya gembira dengan karakter pemain, mereka berlari, mencari ruang untuk menja­ringkan gol dan sangat gembira.

“Ramos juga memainkan peranan penting dalam keadaan kritikal seperti ini, dia sedar dia perlu mengetuai pasukannya.

“Mereka menang dengan kesungguhan dan pengorbanan. Mereka bermain dengan baik,” kata Solari.

Penyerang remaja sensasi, Vinicius Junior antara muka baharu yang diberi kepercayaan oleh Solari, dan dia berjaya mencipta dua gerakan gol.

Walaupun gembira dengan prestasi pemain muda itu, Solari mengingatkan semua pihak agar tidak memberi harapan keterlaluan kepadanya.

“Saya gembira dengannya tetapi dia masih muda dan baru berusia 18 tahun.

“Dia dari negara luar (Brazil) dan sedang menyesuaikan diri dengan benua baharu,” katanya lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini