Rasuah RM5,000: Tiga guru ditahan bantu siasatan  - Utusan Malaysia

Rasuah RM5,000: Tiga guru ditahan bantu siasatan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Tiga guru termasuk seorang guru besar di sebuah sekolah rendah di Pandamaran, Klang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai meminta dan menerima suapan sebanyak RM5,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga lelaki berkenaan ditahan di sebuah restoran di Pandamaran dekat sini kira-kira pukul 3.25 petang tadi.

“Ketika penahanan ketiga-tiga individu itu dibuat, kita turut menyita wang tunai berjumlah RM5,000 di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati, salah seorang suspek disyaki telah meminta dan menerima wang suapan RM5, 000 daripada seorang suspek lain sebagai balasan meminta guru besar menyokong permohonan pengadu untuk bertukar ke sekolah lain,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Difahamkan, suspek yang berusia 35 hingga 52 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Klang untuk permohonan reman esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN