KOTA BHARU 26 Nov. – Rakyat berhak untuk berhimpun secara aman bagi menzahirkan ekspresi mereka dalam isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Perlembagaan negara membenarkan rakyat untuk bebas bersuara dan menunjukkan perasaan mereka yang tidak senang hati atau membahayakan keadaan pada masa kini. Beliau bagaimanapun menegaskan perhimpunan tersebut perlu diadakan secara aman dan tidak boleh menjejaskan keselamatan negara. “Kita menggalakkan kebebasan bersuara dan menunjukkan perasaan atau perkara yang mereka tidak senang hati dan membahayakan keadaan dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya