Raja Perlis terima kunjungan mantan Pengerusi Rejimen Renjer Diraja - Utusan Malaysia

Raja Perlis terima kunjungan mantan Pengerusi Rejimen Renjer Diraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 12 Nov. – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima kunjungan sembah mengadap perpisahan oleh Mantan Pengerusi Rejimen Renjer Diraja (RRD), Lt Jen Datuk Wira Mohd Zaki Mokhtar di Balai Menghadap Biru, Istana Arau baru-baru ini.


Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, Tentera Darat Malaysia (TDM).


Hadir sama mengiringi Mohd Zaki ialah Pengerusi RRD yang baharu, Brig Jen Datuk Md Din Abu dan Setiausaha RRD, Kol Azmurin Mat Khalib.


Mohd Zaki akan menamatkan perkhidmatan beliau selama 42 tahun dan 6 bulan di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) pada 24hb November 2018 yang akan datang ini.

Jawatan tertinggi beliau ialah Panglima Wilayah Timur TDM berpengkalan di Kuching.

Beliau juga pernah bertugas sebagai Juruiring Tentera kepada Tuanku Syed Sirajuddin ketika baginda menjadi Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia ke-12 yang lalu.


Di majlis tersebut, Tuanku Raja Perlis selaku Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja dan Kor Polis Tentera Diraja turut dipersembahkan oleh Md Din cadangan rancangan aktiviti kor tahunan bagi tahun hadapan yang diadakan secara tradisinya termasuklah majlis berbuka puasa, majlis santapan malam sempena hari ulangtahun keputeraan baginda ke-76 dan perlawanan akhir bola sepak merebut Piala Tuanku Syed Putra 2019 yang bakal melibatkan keberangkatan baginda dan juga Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN