Raja Muda Perlis harap KUIPs menjadi antara universiti terunggul - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis harap KUIPs menjadi antara universiti terunggul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 10 Nov. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bakal menjadi antara universiti terunggul di negara ini.

Dalam masa sama, baginda juga berharap para graduan akan menjadi rebutan pelbagai sektor dan KUIPs mampu bersaing dengan universiti-universiti lain.

“Mahasiswa KUIPs mestilah sedar dan merebut peluang untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Revolusi Perindustrian ke-4 dan juga Masyarakat Pintar 5.0 (Society 5.0).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di samping itu dalam mendepani era inovasi disruptif yang memerlukan Malaysia menyediakan modal insan hebat bagi menghadapi cabaran teknologi baharu yang semakin kompleks,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Majlis Konvokesyen KUIPs kali kedua tahun 2018 di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin dan rektor KUIPs, Datuk Dr. Mohd Radzi Othman.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×