Rafizi tewaskan Azmin di cabang Penampang - Utusan Malaysia

Rafizi tewaskan Azmin di cabang Penampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG – Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berjaya berjaya menewaskan pesaingnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pemilihan PKR Sabah cabang Penampang di Dewan Nosoob Kampung Kobusak di sini hari ini.

Keputusan itu diumumkan Ketua Pengawas, Mohd. Mohtar Hamzah kira-kira pukul 5 petang dengan menyaksikan Rafizi memperoleh 207 undi manakala Mohamed Azmin pula sekadar 76 undi melalui proses undian kaedah e-undi.

Sementara itu, Naib Pengerusi PKR Sabah, Kenny Chua yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah memenangi jawatan Ketua Cabang Penampang dengan undian sebanyak 279 berbanding pencabarnya, Christopher Hee (84 undi).

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Mohtar berkata, proses pemilihan cabang Penampang berjalan lancar dengan 555 ahli yang melaksanakan tanggungjawab masing-masing seawal pukul 9 pagi tadi.

Proses pemilihan PKR cabang Penampang ditutup sepenuhnya pada pukul 4 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN