Rafizi menang besar di Cabang Pensiangan - Utusan Malaysia

Rafizi menang besar di Cabang Pensiangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menewaskan pencabarnya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu di Cabang Pensiangan hari ini.

Rafizi memperoleh undian sebanyak 2,388 manakala Mohamed Azmin pula mengumpul 262 undi.

Jumlah tersebut diperoleh hasil undian 3,497 ahli PKR Cabang Pensiangan yang mengundi menggunakan sistem e-undi bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan, Pensiangan hari ini.

Sehubungan itu, berdasarkan keputusan setakat pukul 8 malam ini, Rafizi mendahului dengan jumlah keseluruhan sebanyak 7,776 undi manakala Mohamed Azmin sekadar memperoleh 6,042 undi bagi 24 daripada 25 cabang PKR Sabah.

Sementara itu, difahamkan, proses pengiraan undi bagi Cabang Tawau yang turut berlangsung hari ini masih dijalankan.

Direkodkan, pemilihan PKR Sabah yang mempunyai seramai 150,000 ahli telah berlangsung di 25 cabang negeri ini pada 3 dan 4 November lalu.

Antaranya, Cabang Kota Kinabalu, Kota Marudu, Beaufort, Sandakan, Kota Belud, Penampang, Kinabatangan, Kimanis dan Ranau.

Bagaimanapun, disebabkan beberapa faktor dan masalah teknikal yang berlaku sepanjang proses pengundian berlangsung maka pemilihan PKR Sabah di Cabang Keningau, Pensiangan dan Tawau terpaksa dijalankan semula. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN