LUGANO, Switzerland 15 Nov. – Qatar yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia akan datang mempamerkan aksi menakjubkan dalam sejarah bola sepak mereka apabila berjaya menewaskan Switzerland dengan keputusan 1-0 dalam aksi persahabatan, awal pagi tadi.
Qatar yang menghuni ranking ke-96 dunia meraih kemenangan menerusi jaringan Akram Afif pada minit ke-86.
Pasukan tuan rumah, Switzerland dilihat cuba mendapatkan jaringan namun beberapa percubaan tepat mereka berjaya diselamatkan sebelum terpaksa menerima kekalahan kepada Qatar.
Qatar yang tidak pernah bermain dalam Piala Dunia telah meraih empat kemenangan dalam lima perlawanan terakhir termasuk berjaya menewaskan Ecuador dengan keputusan 4-3 pada bulan lepas.
“Aksi kami pada separuh masa pertama kurang meyakinkan namun ketika separuh masa kedua kami bermain sedikit baik dan saya beranggapan pasukan lawan memang berhak untuk meraih kemenangan ini,” kata jurulatih Switzerland, Vladimir Petkovic. – REUTERS










