Putera Khaled Talal dibebaskan selepas setahun ditahan - Utusan Malaysia

Putera Khaled Talal dibebaskan selepas setahun ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 4 Nov. – Putera Khaled Talal yang merupakan anak saudara kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz al-Saud dibebaskan hari ini selepas ditahan hampir setahun.

Putera Khaled Talal dilihat beramah mesra dengan anak buahnya dan bertemu dengan anak lelakinya yang koma selepas dibebaskan daripada tahanan di Riyadh, Arab Saudi, hari ini. – AGENSI

Al Jazeera melaporkan, perkara itu dimaklumkan oleh anak buahnya, Puteri Reem Alwaleed yang berkongsi gambar Khaled bertemu dengan anak lelakinya yang sedang koma sejak beberapa tahun lalu.

Sehingga kini, kerajaan Arab Saudi tidak membuat penjelasan rasmi mengapa Khaled ditahan serta dibebaskan.

Abangnya, Putera Alwaleed Talal merupakan seorang daripada lebih 200 putera dan pegawai kanan yang ditahan di Hotel Ritz-Carlton berhubung dakwaan rasuah pada November tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN