DUNGUN – Pusat pemindahan sementara (PPS) pertama di Terengganu yang menempatkan mangsa banjir di Kampung Seberang Pintasan di sini sejak semalam ditutup pada pukul 9.30 pagi ini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Dungun, Ramlan Ros Wahid berkata, kesemua 36 mangsa daripada 11 keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. “PPS ditutup pada pukul 9.30 pagi tadi dan mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah untuk melakukan kerja-kerja pembersihan kerana hujan telah berhenti dan keadaan cuaca semakin baik,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini. Kosmo! Online semalam melaporkan PPS pertama di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya