KUALA LUMPUR – Gaji peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dijangka dipotong antara dua hingga 15 peratus bagi melangsaikan pinjaman mereka selepas kerajaan memperkenalkan potongan gaji berjadual dalam pembentangan Belanjawan 2019 semalam. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, potongan gaji berjadual itu bergantung kepada paras pendapatan peminjam. “Jadual pembayaran balik ini hanya terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan,” katanya sewaktu membentangkan belanjawan berkenaan di Dewan Rakyat di sini semalam. Langkah tersebut merupakan salah satu daripada lima pengumuman kerajaan berkaitan PTPTN. Walaupun Guan Eng tidak menjelaskan potongan gaji itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya