PTPTN: Permohonan maaf hanya 'melepaskan batuk di tangga' - Utusan Malaysia

PTPTN: Permohonan maaf hanya ‘melepaskan batuk di tangga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Permohonan maaf Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan kerana tidak dapat menunaikan janji berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam bergaji bawah RM4,000 seperti yang diumumkan di dalam buku Manifesto Pakatan Harapan adalah satu langkah penutup agenda penipuan Pakatan Harapan berkaitan pinjaman tersebut.

WAN MD. HAZLIN AGYL
WAN AGYL

Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Agyl Wan Hassan berkata, permohonan maaf itu sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’ serta merupakan sebahagian daripada satu pelan penipuan tersusun bagi mencapai agenda memenangi pilihan raya yang lalu.

“Saya agak kecewa kerana beliau menggunakan alasan yang saya anggap tidak masuk akal sama sekali. Pada pendapat saya, permohonan maaf ini umpama ‘penutup’ kepada manifesto Pakatan Harapan. Rakyat Malaysia sememangnya pemaaf.

“Saya berpendapat beliau merangka manifesto ini menggunakan kaedah populis biarpun ia tidak masuk akal. Ini satu strategi memandangkan beliau adalah Timbalan Pengerusi Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN