KUALA LUMPUR 2 Nov. – Keputusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggunakan kaedah income contingent loan atau bayaran berdasarkan pendapatan adalah satu langkah yang bijak dan mengambil kira kesejahteraan peminjam. Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Russayani Ismail, berkata, bayaran melalui potongan gaji sebanyak dua hingga 15 peratus daripada pendapatan dipercayai tidak akan membebankan graduan. “Ia juga merupakan cara kutipan…










