Proses arak tiruan di rumah teres - Utusan Malaysia

Proses arak tiruan di rumah teres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Kelicikan satu sindiket memproses arak tiruan terbongkar selepas polis menyerbu sebuah rumah teres yang dijadikan ‘kilang’ sejak dua bulan lalu di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 8.30 malam itu, polis turut menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 37 tahun. 
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisio­ner Shamsul Amar Ramli berkata, serbuan tersebut hasil risikan terhadap ke­giatan penjualan arak ha­ram kepada pekerja kilang warga Myanmar di sekitar daerah tersebut.

“Pemeriksaan terhadap rumah tersebut telah me­rampas 1,560 tin dan 144 botol arak tiruan pelbagai jenama seperti Tiger, Kingfisher, Avigers, Pelican dan Grand Royal.

“Turut dirampas 3,633 botol kosong, sekotak pelekat arak jenama Grand Royal dan dua tong ma­sing-masing berisi minuman keras dan karamel,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN