PETALING JAYA – Domino’s Pizza Malaysia dan e-sukan mengadakan koloborasi dengan permainan video terkenal, Arena of Valor dengan menyediakan Kombo Domino’s Good Game bermula bulan ini hingga pertengahan Disember depan.
Domino’s Goos Game Combo menawarkan saiz piza sederhana, satu roti twisty, pilihan satu hidangan dan satu minuman ringan (1.5 liter) hanya RM34.90.
Selain itu, pilihan Combo Well Played menawarkan dua pilihan piza saiz sederhana, satu roti twisty, satu Crazy Chicken Crunchies dan satu minuman ringan (1.5 liter) dengan harga RM54.90.
Menariknya, kedua-dua kombo berkenaan, pembeli dapat menebus satu kod untuk tiga permainan video iaitu Arena of Valor, Contra: Return dan Free Fire.
Penebusan itu untuk mendapatkan rare skins, wira, duit dan senjata berkuasa supaya pemainnya lebih berkuasa dalam pertempuran.
Menurut Ketua Pegawai Operasi dan Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Ba U Shan-Ting, selepas ini akan lebih banyak kerjasama pihak syarikatnya dengan sukan elektronik e-sukan bagi menyokong sukan yang menjadi kegilaan anak muda ini.
“Komitmen kami bagi meningkatkan gaya hidup pelanggan kami sesuai dengan keadaan semasa, selepas ini akan akan lebih banyak koloborasi akan dilakukan,”katanya ketika pelancaran Domino’s E-Sport hari ini. – K! ONLINE











