PULAU PINANG 13 Nov. – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini diberitahu yang mana Laporan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) tidak pernah dilakukan terhadap projek pembinaan Jalan Raya Berkembar di Jalan Paya Terubong, Relau, di sini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar serta Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, hal ini demikian kerana projek tersebut telah mendapat pengecualian daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS). “Bagaimanapun, Pelan Pengurusan Alam Sekitar…










