Prestasi United membanggakan - Mourinho - Utusan Malaysia

Prestasi United membanggakan – Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 28 Nov. – Pengurus Manchester United Jose Mourinho memuji prestasi anak-anak buahnya dalam aksi Liga Juara-Juara hari ini selepas jaringan tunggal Marouane Fellaini pada masa kecederaan membolehkan mereka mara ke peringkat kalah mati selepas mengatasi Young Boys 1-0 di Old Trafford.

Juara Eropah tiga kali itu mengesahkan tempat ke peringkat 16 terakhir menerusi gol Fellaini, yang bijak menyimpan bola hasil tandukan Romelu Lukaku sebelum merembat masuk ke arah bucu gawang, dengan Mourinho dilihat menghempas tempat letak botol air sebagai tanda meraikan gol itu.

“Ia untuk peminat saya, untuk sesiapa yang sukakan statistik, 14 musim dalam Liga Juara-Juara, 14 kali melepasi fasa kumpulan.

“Tiada satu pun pasukan yang tertinggal di peringkat kumpulan. Musim di mana saya tidak bermain di Liga Juara-Juara, saya menang di Liga Europa,” kata Mourinho merujuk kepada rekod individu selaku pengendali Porto, Chelsea dan Real Madrid termasuk United.

Keputusan tersebut telah melonjakkan semangat Mourinho pada ketika United berada dalam prestasi hambar kerana gagal meledak gol dalam tiga perlawanan peringkat Eropah di laman sendiri buat julung kalinya.

“Paling penting adalah melayakkan diri,” kata Mourinho, yang mendapat undangan kritikan susulan keputusan hambar musim ini dan ketumpulan bahagian serangan.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN